anok maa
Tuesday, 20 November 2012
Tuesday, 9 October 2012
hey bahan masalah yang berlaku di pinggir bandar kelantan
Sebok kato maine ni adik kakok,
Ambo turok
semace bah sebabok babok,
Dulu tanding
belale tande burung ngobok,
Lonie tanding
aye seramo pulop,
Hoo hhooo
hooo……
Sebaris dua rangkap megenai lagu dikir barat yang amat
popular di negeri kelahiran Cik Siti Wan Kembang,tidak dapat diasingkan lagi
seni dan adat amat penuh diwarisi di negeri ini,tapi bukan itu saya nak
kongsikan pada anda malah itu hanya saringan untuk negeri the red warrior.
Dalam coretan blog saya kali ini saya nak kongsikan isu-isu pinggir bandar yang terdapat di
negeri Kelantan ini.Di Malaysia mahupun di mana-mana saja negara mempunyai
masalah di pinggir bandar seperti tanah terbiar,setinggan,banjir dan
sebagainya.Tetapi berbalik kepada focus negeri Kelantan saya nak mengulas
isu-isu yang berlaku di pinggir bandar.
Bandar
Kelantan yang di tadbirkan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Rayai Islam.Ramai
rakyat jelata Kelantan bekerja didalam negeri mahupun luar negeri bagi mencari
rezeki untuk kehidupan mereka.
“Urban
committed” adalah satu fenomena yang tidak asing lagi berlaku di
mana-mana pinggir bandar termasuklah negeri Kelantan.Apa itu urban committed??secara
tidak langsung saya menceritakan sedikit makna sebenar ialah jarak antara
tempat tinggal seseorang dengan tempat bekerja beliau.Kalau kita lihat di Johor
Bharu ini mereka semua berpusu-pusu berulang alik pada dinggin pagi hingga takala
senja keluar mencari rezeki.Jarak mereka yang berulang kadang kala memakan masa
20minit?sejam?2jam? itu semua bergantung diantara jarak rumah mereka dengan
tempat kerja.Walhal itulah yang saya nak kongsikan masalah yang berlaku di
pinggir bandar negeri Kelantan.
laluan harian untuk berulang dari tempat tinggal ke tempat kerja
Berdasarkan gambar tersebut dapat kita lihat jaringan
jalan raya yang sentiasa dilalui oleh orang ramai untuk berulang alik dari
rumah hinggalah tempat kerja mereka.Laluan tersebut merupakan antara mukim
Banggol,Kijal serta kawasan pinggir bandar Pantai Cahaya Bulan.Berdasarkan
situasi pemerhatian saya sepanjang 2 bulan berada di Kelantan,dapat dilihat
suasana pada pagi dan petang jalan tersebut amat sesak biarpun kawasan itu
adalah kawasan kampung.Malahan sistem jalan raya itu hanyalah bertaraf jalan
kampung akan tetapi suasana tetap sesak memandangkan ramai orang yang tinggal
di pinggir bandar.Maka itulah yang menjadi masalah urban committed.
Sebat kenapa masalah ini berlaku ??
Sebat kenapa masalah ini berlaku adalah berpunca :
· 1- Tempat tinggal
mereka adalah di kawasan pinggir bandar
· 2- Kawasan bandar
kota bharu padat dengan pembangunan dan sukar untuk mendapat lokasi pembinaan rumah
· 3- Harga dan kos
sewa atau harga rumah mahal untuk dimiliki
· 4- Sifat sesetenggah
individu yang suka tinggal di kawasan kampung
· 5- Menpunyai tanah
untuk mendirikan tempat tinggal
Kesan daripada masalah ini?
Antara kesan daripada masalah ini adalah :
·
---Ketibaan ke
tempat bekerja lewat
· ------ Kepulangan ke
tempat tinggal lewat
· ------ Kesesakan lalu
lintas jalan raya
· ------- Mudah berlakunya
masalah kemalangan jalan raya
Selain daripada itu,di Kota Bharu juga merupakan
bandar yang menpunyai jalan raya bersistemkan jalan sehala dan penyususnan
lampu isyarat terlalu banyak di setiap persimpangan.Perkara ini turut menberi
kesan kepada pengguna jalan raya kerana menyukarkan pergerakkan pengguna jalan
raya.Perkara tersebut juga boleh dikaitkan dengan isu utama dalam lakaran blog
saya dimana perkara ini akan menberi kesan kepada hala tuju orang ramai untuk
ke distinasi sedemikian.
Akan tetapi masalah ini dapat diatasi dengan cara?
Cara mengatasi masalah ini :
· ---- Galakan daripada
kerajaan untuk menbina laluan altenatif kepada pengguna
· ----Berkongsi
kenderaan untuk berulang ke tempat kerja
· ----Tingggal berdekatan
dengan kawasan tempat kerja
· ---- Gunakan kenderaan
seperti motosikal untuk menggelak daripada kesesakkan
Jesteru,itulah yang saya cuba sampaikan kepada pembaca
apa masalah yang berlaku di pinggir bandar Kelantan (kota bharu) yang menjadi
isu utma kepada pengguna jalan raya.Sejajar dengan subjek elektif saya inilah
assgmnt saya berkaitan urban committed yang
berlaku di pinggir bandar Kota Bharu Kelantan Darul Naim.
Monday, 24 September 2012
hey bahan keperluan metropolitan di malaysia
Metropolitan merupakan,adalah istilah
yang umumnya digunakan untuk mewakili bandar besar atau kawasan bandar.Kawasan bandar kurang dari
satu juta orang jarang dianggap metropolitan dalam konteks kontemporari.Bandar
besar memiliki sebuah bilangan bandar lebih besar,tetapi yang bukan merupakan
inti dari bilangan itu,umumnya tidak dianggap sebagai kota metropolitan tetapi
sebahagian daripada itu.Sebuah metropolitan biasanya merupakan ekonomi yang signifikan,politik dan budaya pusat beberapa negara atau daerah,dan
sebuah hubungan penting untuk sambungan serantau atau antarabangsa dan
komunikasi.
Dengan erti
sejarah,merujuk pada kota atau negara asal dari sebuah jajahan (pada Yunani kuno),sebuah
bandar dianggap sebagai pusat kegiatan tertentu, atau sebuah bandar besar yang
penting.
Sesebuah bandar raya
akan di gelar metropolitan apabila
bandar raya tersebut telah mempunyai jumlah penduduk melebihi sejuta
orang.Metropolitan berada di hierarki yang lebih tinggi dan mempunyai lingkungan
pengaruh yang lebih luas banding dengan bandar raya.
Sesebuah metropolitan
biasanya mempunyai kepelbagaian fungsi seperti pusat pentadbiran,pusat
perkhidmatan,pusat perdagangan,pusat kewangan dan sebagainya.Metropolitan
biasanya menjadi sebagai ibu negara kepada negara seperti bandar Tokyo kerana
mencapai kretiria-kretiria metropolitan.
Kawasan
metropolitan ialah pusat
kependudukan besar yang terdiri daripada sebuah metropolitan besar dan kawasan pengaruhnya
yang bersebelahan,atau segugusan bandar
raya besar yang bersebelahan dan kawasan pengaruhnya.Sesebuah kawasan
metropolitan biasanya mendapat namanya sempena bandaraya terbesar atau
terpenting dalam lingkungannya.
Semenjak diterima
pakai pada tahun 1950,tiada perubahan besar dalam "konsep" kawasan
metropolitan asas,namun sejak itu telah berlakunya perubahan besar dalam
taburan geografi,oleh itu dijangka terus berubah mengikut peredaran zaman.Orang
awam dan pihak media sering menggunakan istilah "kawasan metro" atau
sebagainya untuk memaksudkan seluruh kawasan geografi,termasuk bukan sahaja
kependudukan bandaraya yang terkenal, bahkan juga kependudukan di kawasan
tengah bandar, subbandar,lepas bandar dan adakalanya luar bandar,semuanya
dipengaruhi oleh kegiatan pekerjaan,pengangkutan, dan perdagangan di bandaraya
terbesar.
Biasanya,kawasan
metropolitan menggabungkan kelompokan (kawasan binaan bersempadan) dengan
kawasan-kawasan persisian yang tidak semestinya bersifat bandar,tetapi terikat
dengan pusat oleh kegiatan pekerjaan atau perdagangan.Kawasan ini juga dikenali
sebagai kawasan komuter,dan
boleh juga diluaskan ke luar persisian bandar,iaitu kawasan yang bukan dalam
lingkungan bandaraya tetapi dihubungkan dengan bandaraya tersebut.Contohnya,Ampang
Jaya dikira tergolong dalam kawasan metro Kuala
Lumpur,biarpun bukan dalam lingkungan namun dihubung erat.
Bandaraya teras
dalam kawasan metroplitan polisentrik tidak semestinya disambungkan oleh
pembangunan binaan bersebelahan,berbeza dengan bandar gabungan yang memerlukan bandar-bandar tersebut
bersempadan.Dalam kawasan metropolitan,adalah memadai untuk bandaraya pusat
membentuk nukleus kependudukan besar yang cukup disepadukan bersama juzuk-juzuk
lain.
Kuala Lumpur merupakan sebuah bandar yang mencapai taraf yang digelarkan sebagai bandar metropolitan.Hal ini kerana Kuala Lumpur mempunyai elemen-elemen yang mencukupi taraf metropolitan.Antara ciri-ciri yang terdapat di metropolitan bandar kuala lumpur adalah :
1.1 KEPERLUAN
PERANCANGAN METROPOLITAN DI MALAYSIA
·
MENINGKATKAN TARAF SISTEM JARINGAN JALAN
RAYA
Dengan
berkembangnya metropolitan di Malaysia secara tidak langsung bandar tersebut
menjadi tumpuan kepada mana-mana pihak.Oleh demikian sistem jaringan jalan raya
penting untuk menyongkong kepada kemajuan bandar untuk memudahkan pergerakkan
orang ramai.Di Malaysia terutama di Lembah Klang merupakan kawasan yang sedang
membangun kearah metropolitan.Oleh demikian itu,sistem jaringan amat penting
untuk melancarkan pembangunan di kawasan tersebut.Tapi hari kini kita dapat
lihat dengan dengan wujudnya sistem jalan raya yang sempurna seperti Lebuh Raya
Utara-Selatan,Lebuh Raya Expres Lembah Klang-Utara,Lebuh Raya Damansara-Puchong
dan Lebuh Raya Lingkaran tengah telah menbolehkan kawasan Lembah Klang menjadi
metropolitan di Malaysia.Selain itu taraf jalan raya Persekutuan dan Daerah
perlu di tingkatkan supaya dapat menghubungkan dengan cekap.
Selain
perkembangan sistem jaringan jalan raya,wujudnya metropolitan di Malaysia
terutama di Lembah Klang dapat meningkatkan lagi taraf pengangakutan terutama
wujudnya sistem pengangkutan transit yang pelbagai seperti LRT.Kepadatan penduduk
tidak dapat menampung kadar aliran pergerakkan manusia,tetapi dengan adanya
keperluan perancangan metropolitan melahirkan idea-idea yang bernas demi
memudahkan aliran pergerakan manusia seperti melaksanakan transit LRT.Dalam masa
yang sama manusia dapat bergerak dengan pantas dan dapat mengecapi matlamat
kehidupan seperti memudahkan urusan dari satu tempat ke satu tempat sebagai
contoh dari tempat kediaman ke tempat kerja.Wujudnya sistem LRT ini dapat
menjimatkan masa,wang ringgit dan tenaga manusia untuk berulang dari satu kawasan ke satu kawasan.
·
MENINGKATKAN TARAF EKONOMI NEGARA.
Kemajuan perkembangan
metropolitan di Malaysia seperti Lembah Klang,Pulau Pinang (Balik Pulau) dan
Johor Bharu (Nusanjaya) dapat meningkatkan taraf ekonomi negara.Secara tidak
langsung kadar pertumbuhan ekonomi negara akan meningkat kerana negara pesat
membangun dapat menarik perhatian pelabur-pelabur negara luar.
Ekonomi
negara akan stabil dan keadaan negara dapat dimajukan di kawasan tersebut malah
dapat mewujudkan pertambahan penduduk di kawasan tersebut.Kawasan tersebut
dapat akan menjadi kepadatan serta taraf pengangguran dapat diatasi dengan
mewujudkan banyak peluang pekerjaan di bandar metropolitan.Banyak sektor
perindustrian dapat dimajukan malah dapat meningkatkan KDNK Malaysia mahupun
banyak pelaburan dapat dipasarkan di pasaran dunia.
Sektor perdagangan
dapat di kembangkan lagi di pasaran dunia kerana kemajuan metropolitan dapat
meningkatkan kadar ekonomi negara.Banyak negara yang maju bersaing untuk
mendapatkan saham pasaran dunia kerana taraf keluaran saham bandar metropolitan
merupakan keluaran yang bermutu.
·
WUJUDNYA K-EKONOMI DAN PEMBANGUNAN MAMPAN
Lantaran itu,di dalam dunia yang
semakin pesat membangun keperluan metropolitan juga akan melahirkan konsep
k-ekonomi dimana generasi-generasi ilmuwan mahupun generasi yang kreatif boleh menyumbangkan di dalam pertumbuhan
ekonomi negara.Ianya juga merupakan pelengkap kepada sesebuah bandar
metropolitan.Di samping itu tidak dapat dinafikan lagi sejajar perkembangan
dengan ke arah metropolitan jua dapat dikemaskan lagi dengan konsep pembanguna
mampan.Mampan menbawa istilah dimana menyediakan kemudahan pentadbiran yang
baik,mencapai tahap ekonomi berkembang dengan kukuh dan stabil serta menpunyai
kesatuan penduduk yang sangat erat.
·
MENINGKATKAN PELABURAN
Pulau
Pinang merupakan sebuah Negeri yang mempunyai bandar yang sedang membangun.Baru-baru
kini kerajaan telah menistiharkan sebuah kawasan iaitu Balik Pulau di naik
tarafkan sebagai bandar metropolitan.Balik Pulau berpontensi menjadi sebuah
bandar metropolitan kerana kepadatan penduduk amat tinggi dan kemajuan ekonomi
pesat membangun.Kerajaan pusat akan membangunkan Balik Pulau selaras dengan
bandar metropolitan selepas Lembah Klang dan Johor Bharu.
Dalam masa yang sama,kawasan Balik Pulau akan menjadi kawasan
tumpuan pelaburan kepada pemangkin ekonomi negara.Hal ini kerana kawasan
tesebut amat berpontensi sebagai kawasan pelabuhan perkapalan kerana kawasan
tersebut berada di kawasan persisiran pantai.
1.2 KESIMPULAN
Justeru,keperluan perancangan metropolitan amat penting di
Malaysia untuk mencapai taraf bandar yang setanding dengan bandar dunia luar.Perancangan
seharuslah dengan bijak merancang kawasan pembangunan supaya dapat memberi
keselesaan kepada pengguna dan dapat memberi manfaat kepada alam sekitar
sejajar dengan pembangunan mampan.Negara maju rakyat selesa sudah tentu dapat
meningkatkan kualiti hidup manusia dan dapat memenuhi keperluan dan kehendak.
Sunday, 23 September 2012
hey bahan nusajaya menuju bandar metropolis
Nusajaya menuju bandar metropolis.
NUSAJAYA 11 Jun - Sebelum ini Nusajaya dengan keluasan 170
kilometer persegi hanyalah kawasan hutan dan ladang kelapa sawit dan getah.
Namun hampir sedekad kebelakangan
ini, kawasan yang terletak di bawah Parlimen Gelang Patah, Johor itu berubah
wajah secara drastik hasil perancangan bernas kerajaan Barisan Nasional (BN)
apabila memindahkan pusat pentadbiran negeri ke kawasan berkenaan.
Perubahan Nusajaya yang terletak di
zon utama B Iskandar Malaysia itu sememangnya sukar untuk digambarkan dengan
kata-kata, malah penulis yang berasal dari bandar raya Johor Bahru sentiasa
kagum melihat perubahan kawasan itu.
Pertama kali menjejakkan kaki ke
Nusajaya setahun lalu, mungkin tidak banyak yang mahu diceritakan. Namun, sejak
dari hari itu, Nusajaya yang diibarat seperti 'permata' Iskandar Malaysia terus
menunjukkan kilauannya.
Masakan tidak, pembangunan di sini
nyata hebat termasuk dengan kawasan perumahan, pusat pembelajaran, perubatan
yang bertaraf antarabangsa, pelabuhan, hotel lima bintang dan lokasi tumpuan
pelancong.
Nusajaya dengan kemudahan jaringan
jalan raya yang baik turut menempatkan pusat pentadbiran kerajaan negeri di
Kota Iskandar; pelabuhan antarabangsa, Port Tanjung Pelepas (PTP) dan Kelompok
Logistik dan Industri Wilayah Selatan (SILC).
Selain itu, di sini juga antara
lain terletaknya Legoland Malaysia, taman tema pertama seumpamanya di Asia;
studio bertaraf dunia, Pinewood Iskandar Malaysia Studios; Universiti
Newcastle, Malborough College Malaysia dan Hospital Columbia Asia.
Hakikatnya, tiada siapa menyangka
Nusajaya sebagai kawasan baru mampu berubah dengan begitu pesat dalam masa yang
singkat dan ia hasil usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mahu menjadikan
ia sebagai bandar raya metropolis yang kondusif untuk didiami dan dikenali.
Bermula dengan idea bernas itu,
Nusajaya yang mempunyai kemudahan seperti Lebuh raya Linkedua terus 'dilimpahi'
pelbagai jenis pembangunan termasuk pelaburan dari dalam dan luar negara
menerusi Iskandar Malaysia pada masa ini dan akan datang.
Seorang pegawai bank yang menetap
di Nusa Idaman, Muzaffar
Musa, 35, mengakui mempunyai kenangan manis kerana mereka sekeluarga antara
penghuni terawal menetap di situ, sekali gus mengalami sendiri perubahan di
kawasan tersebut.
Biarpun beberapa bulan mereka
tinggal 'bersendirian' di situ pada 2006, ia langsung tidak mendatangkan
perasaan takut kerana yakin dengan kawalan keselamatan di situ.
"Dalam keadaan sekarang, 100
peratus rumah di kawasan ini sudah berpenghuni. Rata-rata masyarakat tempatan
yang bekerja di sekitar Nusajaya dan warga asing terutamanya rakyat Singapura
juga memilih menetap di sini.
"Ketika beli rumah, harganya
di kategori sebagai mampu milik untuk kami pasangan baru berkahwin dan ternyata
pelaburan pembelian aset di sini tidak mengecewakan kerana harganya meningkat
setiap tahun," katanya yang kagum dengan kemajuan Nusajaya dan berharap ia
bukan hanya menjadi tempat tinggal yang paling kondusif malah sebagai destinasi
pilihan pengunjung tempatan dan asing.
Mohd. Shah Mohd. Din, 55, pula yang
merupakan penduduk asal dan menetap di Gelang Patah berbangga dengan
pembangunan dan kemajuan yang membawa transformasi ke Nusajaya.
Menurutnya, masih bermain-main lagi
di dalam ingatan bagaimana kawasan berkenaan yang dahulu hanya dipenuhi hutan
dan paya bakau bertukar wajah menjadi sebuah bandar 'idaman' bagi penduduk
tempatan dan warga asing.
Katanya, jika dahulu kawasan
Nusajaya tidak 'semeriah' seperti sekarang yang kini mempunyai pelbagai
kemudahan antaranya pusat beli-belah Jusco di Bukit Indah, Tesco, Giant dan
Legoland.
"Saya gembira dengan usaha
yang dilakukan kerajaan kerana 'tempias' pembangunan pesat di Nusajaya turut
dirasai penduduk sekitar. Saya bersyukur kerana kerajaan BN berjaya mengubah
wajah kawasan ini," katanya.
Seorang kakitangan awam, Annaz Md. Nor, 27, yang menetap
di Taman Desa Skudai yang juga terletak di bawah Parlimen Gelang Patah berkata,
biarpun baru menetap di situ tiga tahun lalu, dia sering berkunjung ke
Nusajaya.
"Tempat ini sememangnya cepat
membangun, akses jalan raya juga baik menjadikan perjalanan ke Nusajaya lebih
cepat. Macam-macam ada di Nusajaya, malah pada masa akan datang banyak lagi
projek yang telah dirancang akan mula dilaksanakan," katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Nusajaya, Datuk
Aziz Sapian berkata, pada
mulanya idea untuk membangunkan Nusajaya tidak mendapat sambutan baik daripada
penduduk setempat, namun selepas diberi penerangan ia mengikut seperti
dirancang.
Beliau turut mengingatkan penduduk
dengan pepatah Melayu 'bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian' bahawa
semua yang dilakukan oleh kerajaan di Nusajaya adalah untuk perancangan jangka
panjang demi kepentingan rakyat dan negara.
hey bahan fenomena bandar di malaysia
Kalau kita lihat bandar
yang terdapat dibandar Malaysia hari kini semakin berkembang dari suatu masa ke
satu masa.Sebagai contoh di bandar Kuala Lumpur yang kian pesat membangun untuk
kepentingan kepada masyarakat dan ekonomi negara.Kali ini saya nak coretkan
dalam blog saya berkaitan dengan fenomena bandar yang terdapat di
Malaysia.Mudahan dengan sedikit hey
bahan fenomena bandar di Malaysia ini dapat member kefahaman kepada pembaca
dan dapat menambahkan lagi ilmu pengahtahuan.
Rebakan bandar
Rebakan bandar adalah
satu proses perluasan saiz dan pengaruh bandar dari kawasan pusat bandar ke
kawasan pinggir bandar.Rebakan bandar juga boleh dikaitkan dengan proses
berlakunya limpahan pembandaran.
Proses rebakan bandar
biasanya sejajar dengan perkembangan sistem
dan jaringan pengangkutan bandar semakin meningkat.Hal ini demikian
kerana pengaruh sistem dan jaringan pengangkutan amat penting untuk
ketersampaian pergerakan antara kawasan pusat bandar dengan kawasan pinggir
bandar.
Dalam kes bandar raya kuala
lumpur,boleh dikatakan limpahan pembandaran bergerak ke semua arah.Misalnya ke
selatan bandaraya kuala lumpur sejajar dengan lebuh raya persekutuan (kuala
lumpur -seremban) ke utara sejajar lebuh raya utara-selatan .Manakala ke timur
sejajar dengan lebuh raya kuala lumpur-karak.
Subbandar
Subbandar merujuk
kepada kawasan pinggir bandar.Kawasan pinggir bandar berfungsi sebagai
penyokong kepada pusat bandar.Pembentukkanya berkait rapat juga dengan proses
rebakan bandar dan ketepuan pembangunan di pusat bandar
Kawasan pinggir bandar
akan menampung beberapa fungsi bandar yang tidak lagi sesuai untuk berada di
pusat bandar.Contohnya fungsi sebagai petempatan dan perindustrian.Dalam kes
bandar raya kuala lumpur,kawasan-kawasan seperti Gombak,Selayang,Ampang dan Cheras
merupakan subbandar kepada bandar raya tersebut.
Penduduk akan menjadi
sub-sub bandar ini menjadi tempat kediaman mereka walaupun mereka bekerja di
puasat bandar.Perhubungan antara pusat bandar dengan pinggir bandar akan
berlaku melalui mobaliti penduduk,pekerja dan pergerakan barangan dan
perkhidmatan
Metropolis
Sesebuah bandar raya
akan di gelar metropolis apabila bandar raya tersebut telah menpunyai jumlah penduduk
melebihi sejuta orang.Metropolis berada di hierarki yang lebih tinggi dan mempunyai
lingkungan pengaruh yang lebih luas berbanding dengan bandar raya.
Sesebuah metropolis
biasanya mempunyai kepelbagaian fungsi seperti pusat pentadbiran,pusat
perkhidmatan,pusat perdagangan,pusat kewangan
dan sebagainya.Metropolis biasanya menjadi sebagai ibu negara kepada
negara seperti bandar Tokyo kerana mencapai kretiria-kretiria metropolis.
Megalopolis
Proses urbanisasi yang berterusan yang dialami oleh sesebuah metropolis
kemungkinan ia akan bercantum dengan metropolis yang lain lalu menbentuk saiz
yang lebih luas dan besar.Percantuman antara metropolis dengan metropolis akan
menbentuk megalopolis.
Kadar taburan penduduk
megalopolis diangarkan menpunyai jumlah penduduk melebihi 10 juta orang.Antara
megalopolis yang terdapat di dunia adalah seperti
-Megalopolis
boston-washinton di Amerika Syarikat mempunyai jumlah penduduk hampir 40 juta
orang dan menganjur sejauh 700 km.
Bandar satelit
Bandar satelit ialah
sebuah bandar yang dibina dan diwujudkan khas tidak jauh dari bandar induk.Bandar
ini juga diangap sebagai bandar cawangan.Bandar satelit berada di kawasan
lingkungan pengaruh bandar induk.
Bandar setelit mempunyai
fungsi seperti kawasan kediaman dan perindustrian.Hubungan antara bandar induk
dengan bandar satelit masih berlangsung dalam
konteks pentadbiran urusan kewangan,perniagaan dan lain-lain.
Bandar baru
Bandar baru merujuk
kepada kawasan petempatan yang bercirikan bandar yang di rancang dan
dibangunkan di kawasan yang selama ini tidak ada bandar khususnya di kawasan
luar bandar.
Terdapat beberapa buah
bandar baru yang terancang di Malaysia antaranya seperti bandar baru
Nilai,bandar baru Sri Petaling dan sebagainya.
Kebanyakan bandar baru
menpunyai pusatnya yang tersendiri tanpa perlu bergantung kepada bandar lain
daripada segi kemudahan asa perkhidmatan dan kegiantan ekonomi.
Thursday, 20 September 2012
hey bahan pasal gapo sebat rebokkea bandar versi kelate
lokasi : jepun
sebot kato bandar padat ko,bandar merebok ko lonie meme banyok doh belaku kat malaysia kito.Dale maso samo ado hak ore perase bendo ni jadi.Kade-kade budok sekoloh rendoh pon tau gapo bandar merebok nie.kali nie kawe nak nulis pasal rebokan bandar kot versi kelate.sambil-sambil pakat bacolah gapo namo kato rebakan bandar nie.
maksod gapo dio rebokea bandar nie
rebokkea bandar nie adolah bandar kito lonie koho bangun,koho maju.dulu kalu kito tengok bandar jaman-jaman 60 an kecik jah.contohlah di kl kalu kito tengok dale youtube pasal bandar kl dulu.buleh kato kecik jah bandar dio.tapi lonie jaman koho maju ekonomi negaro semakin maju pah tamboh dengan ado pulop kemahire-kemahire tenago buruh merance bandar yang semakin menbangun.contohlah kl jaman lonie guano demo tengok??padat kea.tulah kato perubahan bandar dari kecit sapa jadi koho besar.
sebat gapo wak koho jadi rebokkea bandar
1) pembangune berpoket
wujudnyor bangune poket nie telah menleyapkea kawase kampong pah melupuskan konsep kejirene.pah tu pulop gayo hidup ore jaman lonie suko akea kemajuea sehinggo lupo akan kawase asal mano dio asal.
sebat seterusnyor
2) pertambahe ore koho ramai
lonie suami isteri pendek kato dale so keluargo ade lah dale 5,6,7 ore anok pinok.pah kalu anok rama napok gayo kene besar rumoh kene tamboh bilik adolah segalo mok aniko kene tamboh.apabilo ore semakin rama jadi hidup semakin padat.apabilo padat pah mulalah nak buko kawase barulah,perumahe barulah kg barulah.so kawase x maju jadi koho maju.hile kawase lape wujud kawase baru.denge ore rama lonie populsi kepadate penduduk semakin padat dea buat rumah berepek-repek.
sebat lagi gapo adolah
3) peluea kijo di bandar
anok-anok jati kg lonie pakat pindoh bandar ado wak kijo ado wak ngaji.apabilo rama pindoh sano sini pah mula penduduk semakin padat sapa wujud kawasea baru.kalu kto tengok di jb,kl mano-mano bandar besar ore rama pah time rayo pakat kelik kg belako,tu lah kato apo niee ore berhijrah dari satu tepat ko satu tepat.kemudian jadi isu rebokkea bandar..
selamat memahami...
Subscribe to:
Posts (Atom)