Monday 24 September 2012

hey bahan keperluan metropolitan di malaysia



  Metropolitan merupakan,adalah istilah yang umumnya digunakan untuk mewakili bandar besar atau kawasan bandar.Kawasan bandar kurang dari satu juta orang jarang dianggap metropolitan dalam konteks kontemporari.Bandar besar memiliki sebuah bilangan bandar lebih besar,tetapi yang bukan merupakan inti dari bilangan itu,umumnya tidak dianggap sebagai kota metropolitan tetapi sebahagian daripada itu.Sebuah metropolitan biasanya merupakan ekonomi yang signifikan,politik dan budaya pusat beberapa negara atau daerah,dan sebuah hubungan penting untuk sambungan serantau atau antarabangsa dan komunikasi.
Dengan erti sejarah,merujuk pada kota atau negara asal dari sebuah jajahan (pada Yunani kuno),sebuah bandar dianggap sebagai pusat kegiatan tertentu, atau sebuah bandar besar yang penting.
Sesebuah bandar raya akan di gelar metropolitan  apabila bandar raya tersebut telah mempunyai jumlah penduduk melebihi sejuta orang.Metropolitan berada di hierarki yang lebih tinggi dan mempunyai lingkungan pengaruh yang lebih luas banding dengan bandar raya.
Sesebuah metropolitan biasanya mempunyai kepelbagaian fungsi seperti pusat pentadbiran,pusat perkhidmatan,pusat perdagangan,pusat kewangan dan sebagainya.Metropolitan biasanya menjadi sebagai ibu negara kepada negara seperti bandar Tokyo kerana mencapai kretiria-kretiria metropolitan.
Kawasan metropolitan ialah pusat kependudukan besar yang terdiri daripada sebuah metropolitan besar dan kawasan pengaruhnya yang bersebelahan,atau segugusan bandar raya besar yang bersebelahan dan kawasan pengaruhnya.Sesebuah kawasan metropolitan biasanya mendapat namanya sempena bandaraya terbesar atau terpenting dalam lingkungannya.
Semenjak diterima pakai pada tahun 1950,tiada perubahan besar dalam "konsep" kawasan metropolitan asas,namun sejak itu telah berlakunya perubahan besar dalam taburan geografi,oleh itu dijangka terus berubah mengikut peredaran zaman.Orang awam dan pihak media sering menggunakan istilah "kawasan metro" atau sebagainya untuk memaksudkan seluruh kawasan geografi,termasuk bukan sahaja kependudukan bandaraya yang terkenal, bahkan juga kependudukan di kawasan tengah bandar, subbandar,lepas bandar dan adakalanya luar bandar,semuanya dipengaruhi oleh kegiatan pekerjaan,pengangkutan, dan perdagangan di bandaraya terbesar.

Biasanya,kawasan metropolitan menggabungkan kelompokan (kawasan binaan bersempadan) dengan kawasan-kawasan persisian yang tidak semestinya bersifat bandar,tetapi terikat dengan pusat oleh kegiatan pekerjaan atau perdagangan.Kawasan ini juga dikenali sebagai kawasan komuter,dan boleh juga diluaskan ke luar persisian bandar,iaitu kawasan yang bukan dalam lingkungan bandaraya tetapi dihubungkan dengan bandaraya tersebut.Contohnya,Ampang Jaya dikira tergolong dalam kawasan metro Kuala Lumpur,biarpun bukan dalam lingkungan namun dihubung erat.
Bandaraya teras dalam kawasan metroplitan polisentrik tidak semestinya disambungkan oleh pembangunan binaan bersebelahan,berbeza dengan bandar gabungan yang memerlukan bandar-bandar tersebut bersempadan.Dalam kawasan metropolitan,adalah memadai untuk bandaraya pusat membentuk nukleus kependudukan besar yang cukup disepadukan bersama juzuk-juzuk lain.



Kuala Lumpur merupakan sebuah bandar yang mencapai taraf yang digelarkan sebagai bandar metropolitan.Hal ini kerana Kuala Lumpur mempunyai elemen-elemen yang mencukupi taraf metropolitan.Antara ciri-ciri yang terdapat di metropolitan bandar kuala lumpur adalah : 





1.1  KEPERLUAN PERANCANGAN METROPOLITAN DI MALAYSIA
·         MENINGKATKAN TARAF SISTEM JARINGAN JALAN RAYA
Dengan berkembangnya metropolitan di Malaysia secara tidak langsung bandar tersebut menjadi tumpuan kepada mana-mana pihak.Oleh demikian sistem jaringan jalan raya penting untuk menyongkong kepada kemajuan bandar untuk memudahkan pergerakkan orang ramai.Di Malaysia terutama di Lembah Klang merupakan kawasan yang sedang membangun kearah metropolitan.Oleh demikian itu,sistem jaringan amat penting untuk melancarkan pembangunan di kawasan tersebut.Tapi hari kini kita dapat lihat dengan dengan wujudnya sistem jalan raya yang sempurna seperti Lebuh Raya Utara-Selatan,Lebuh Raya Expres Lembah Klang-Utara,Lebuh Raya Damansara-Puchong dan Lebuh Raya Lingkaran tengah telah menbolehkan kawasan Lembah Klang menjadi metropolitan di Malaysia.Selain itu taraf jalan raya Persekutuan dan Daerah perlu di tingkatkan supaya dapat menghubungkan dengan cekap.

Selain perkembangan sistem jaringan jalan raya,wujudnya metropolitan di Malaysia terutama di Lembah Klang dapat meningkatkan lagi taraf pengangakutan terutama wujudnya sistem pengangkutan transit yang pelbagai seperti LRT.Kepadatan penduduk tidak dapat menampung kadar aliran pergerakkan manusia,tetapi dengan adanya keperluan perancangan metropolitan melahirkan idea-idea yang bernas demi memudahkan aliran pergerakan manusia seperti melaksanakan transit LRT.Dalam masa yang sama manusia dapat bergerak dengan pantas dan dapat mengecapi matlamat kehidupan seperti memudahkan urusan dari satu tempat ke satu tempat sebagai contoh dari tempat kediaman ke tempat kerja.Wujudnya sistem LRT ini dapat menjimatkan masa,wang ringgit dan tenaga manusia untuk berulang dari  satu kawasan ke satu kawasan.

·         MENINGKATKAN TARAF EKONOMI NEGARA.
Kemajuan perkembangan metropolitan di Malaysia seperti Lembah Klang,Pulau Pinang (Balik Pulau) dan Johor Bharu (Nusanjaya) dapat meningkatkan taraf ekonomi negara.Secara tidak langsung kadar pertumbuhan ekonomi negara akan meningkat kerana negara pesat membangun dapat menarik perhatian pelabur-pelabur negara luar.

Ekonomi negara akan stabil dan keadaan negara dapat dimajukan di kawasan tersebut malah dapat mewujudkan pertambahan penduduk di kawasan tersebut.Kawasan tersebut dapat akan menjadi kepadatan serta taraf pengangguran dapat diatasi dengan mewujudkan banyak peluang pekerjaan di bandar metropolitan.Banyak sektor perindustrian dapat dimajukan malah dapat meningkatkan KDNK Malaysia mahupun banyak pelaburan dapat dipasarkan di pasaran dunia.
Sektor perdagangan dapat di kembangkan lagi di pasaran dunia kerana kemajuan metropolitan dapat meningkatkan kadar ekonomi negara.Banyak negara yang maju bersaing untuk mendapatkan saham pasaran dunia kerana taraf keluaran saham bandar metropolitan merupakan keluaran yang bermutu.

·         WUJUDNYA K-EKONOMI DAN PEMBANGUNAN MAMPAN
Lantaran itu,di dalam dunia yang semakin pesat membangun keperluan metropolitan juga akan melahirkan konsep k-ekonomi dimana generasi-generasi ilmuwan mahupun generasi yang kreatif  boleh menyumbangkan di dalam pertumbuhan ekonomi negara.Ianya juga merupakan pelengkap kepada sesebuah bandar metropolitan.Di samping itu tidak dapat dinafikan lagi sejajar perkembangan dengan ke arah metropolitan jua dapat dikemaskan lagi dengan konsep pembanguna mampan.Mampan menbawa istilah dimana menyediakan kemudahan pentadbiran yang baik,mencapai tahap ekonomi berkembang dengan kukuh dan stabil serta menpunyai kesatuan penduduk yang sangat erat.

·         MENINGKATKAN PELABURAN
Pulau Pinang merupakan sebuah Negeri yang mempunyai bandar yang sedang membangun.Baru-baru kini kerajaan telah menistiharkan sebuah kawasan iaitu Balik Pulau di naik tarafkan sebagai bandar metropolitan.Balik Pulau berpontensi menjadi sebuah bandar metropolitan kerana kepadatan penduduk amat tinggi dan kemajuan ekonomi pesat membangun.Kerajaan pusat akan membangunkan Balik Pulau selaras dengan bandar metropolitan selepas Lembah Klang dan Johor Bharu.
Dalam masa yang sama,kawasan Balik Pulau akan menjadi kawasan tumpuan pelaburan kepada pemangkin ekonomi negara.Hal ini kerana kawasan tesebut amat berpontensi sebagai kawasan pelabuhan perkapalan kerana kawasan tersebut berada di kawasan persisiran pantai.

1.2  KESIMPULAN
Justeru,keperluan perancangan metropolitan amat penting di Malaysia untuk mencapai taraf bandar yang setanding dengan bandar dunia luar.Perancangan seharuslah dengan bijak merancang kawasan pembangunan supaya dapat memberi keselesaan kepada pengguna dan dapat memberi manfaat kepada alam sekitar sejajar dengan pembangunan mampan.Negara maju rakyat selesa sudah tentu dapat meningkatkan kualiti hidup manusia dan dapat memenuhi keperluan dan kehendak.


No comments:

Post a Comment