Tuesday 18 September 2012

hey bahan dataran shahbandar terengganu

keindahan dataran shahbandar terengganu


Walaupun saya telah beberapa kali ke Kuala Terengganu tidak pula saya terfikir untuk singgah ke Dataran Shahbandar. Sebelum ini jika ke Kuala Terengganu, pada fikiran saya ialah hanya untuk ke Pasar Payang di mana tempat yang boleh saya membeli belah pakaian dan pelbagai barangan yang lain. Semasa saya berada di Kuala Terengganu di bulan Ramadhan yang lepas, saya berkesempatan untuk singgah ke sini semasa perjalanan kami melawat ke beberapa tempat yang lain di kawasan sekitarnya. Antara tempat yang berhampiran dengan dataran ini ialah Bukit Puteri, Istana Maziah, Kampung Cina, Masjid Putih dan juga Pasar Payang.
permandangan depan dataran shahbandar.. comel lote ganu..


Persekitaran di Dataran Shahbandar adalah gah seperti namanya yang sinonim dengan nama salah seorang pembesar istana pada zaman dahulu. Selain daripada bazar ramadhan yang berlangsung di sini semasa bulan Ramadhan baru-baru ini, pelbagai program turut diadakan di sini antaranya Festival Gamelan Sedunia yang turut diadakan di sini sebelum ini. Semasa kami berada di sini, sekumpulan tentera laut sedang membuat latihan memainkan Lagu Negaraku sempena sambutan Bulan Kemerdekaan.







kalu malam jalan sini memang kelip2 ar suasana..




No comments:

Post a Comment