Sunday 23 September 2012

hey bahan fenomena bandar di malaysia


Kalau kita lihat bandar yang terdapat dibandar Malaysia hari kini semakin berkembang dari suatu masa ke satu masa.Sebagai contoh di bandar Kuala Lumpur yang kian pesat membangun untuk kepentingan kepada masyarakat dan ekonomi negara.Kali ini saya nak coretkan dalam blog saya berkaitan dengan fenomena bandar yang terdapat di Malaysia.Mudahan dengan sedikit hey bahan fenomena bandar di Malaysia ini dapat member kefahaman kepada pembaca dan dapat menambahkan lagi ilmu pengahtahuan.

Rebakan bandar

Rebakan bandar adalah satu proses perluasan saiz dan pengaruh bandar dari kawasan pusat bandar ke kawasan pinggir bandar.Rebakan bandar juga boleh dikaitkan dengan proses berlakunya limpahan pembandaran.

Proses rebakan bandar biasanya sejajar dengan perkembangan sistem  dan jaringan pengangkutan bandar semakin meningkat.Hal ini demikian kerana pengaruh sistem dan jaringan pengangkutan amat penting untuk ketersampaian pergerakan antara kawasan pusat bandar dengan kawasan pinggir bandar.
Dalam kes bandar raya kuala lumpur,boleh dikatakan limpahan pembandaran bergerak ke semua arah.Misalnya ke selatan bandaraya kuala lumpur sejajar dengan lebuh raya persekutuan (kuala lumpur -seremban) ke utara sejajar lebuh raya utara-selatan .Manakala ke timur sejajar dengan lebuh raya kuala lumpur-karak.

Subbandar

Subbandar merujuk kepada kawasan pinggir bandar.Kawasan pinggir bandar berfungsi sebagai penyokong kepada pusat bandar.Pembentukkanya berkait rapat juga dengan proses rebakan bandar dan ketepuan pembangunan di pusat bandar

Kawasan pinggir bandar akan menampung beberapa fungsi bandar yang tidak lagi sesuai untuk berada di pusat bandar.Contohnya fungsi sebagai petempatan dan perindustrian.Dalam kes bandar raya kuala lumpur,kawasan-kawasan seperti Gombak,Selayang,Ampang dan Cheras merupakan subbandar kepada bandar raya tersebut.

Penduduk akan menjadi sub-sub bandar ini menjadi tempat kediaman mereka walaupun mereka bekerja di puasat bandar.Perhubungan antara pusat bandar dengan pinggir bandar akan berlaku melalui mobaliti penduduk,pekerja dan pergerakan barangan dan perkhidmatan

Metropolis

Sesebuah bandar raya akan di gelar metropolis apabila bandar raya tersebut telah menpunyai jumlah penduduk melebihi sejuta orang.Metropolis berada di hierarki yang lebih tinggi dan mempunyai lingkungan pengaruh yang lebih luas berbanding dengan bandar raya.

Sesebuah metropolis biasanya mempunyai kepelbagaian fungsi seperti pusat pentadbiran,pusat perkhidmatan,pusat perdagangan,pusat kewangan  dan sebagainya.Metropolis biasanya menjadi sebagai ibu negara kepada negara seperti bandar Tokyo kerana mencapai kretiria-kretiria metropolis.


Megalopolis
Proses urbanisasi yang berterusan yang dialami oleh sesebuah metropolis kemungkinan ia akan bercantum dengan metropolis yang lain lalu menbentuk saiz yang lebih luas dan besar.Percantuman antara metropolis dengan metropolis akan menbentuk megalopolis.

Kadar taburan penduduk megalopolis diangarkan menpunyai jumlah penduduk melebihi 10 juta orang.Antara megalopolis yang terdapat di dunia adalah seperti
-Megalopolis boston-washinton di Amerika Syarikat mempunyai jumlah penduduk hampir 40 juta orang dan menganjur sejauh 700 km.

Bandar satelit

Bandar satelit ialah sebuah bandar yang dibina dan diwujudkan khas tidak jauh dari bandar induk.Bandar ini juga diangap sebagai bandar cawangan.Bandar satelit berada di kawasan lingkungan pengaruh bandar induk.
Bandar setelit mempunyai fungsi seperti kawasan kediaman dan perindustrian.Hubungan antara bandar induk dengan bandar satelit  masih berlangsung dalam konteks pentadbiran urusan kewangan,perniagaan dan lain-lain.

Bandar baru

Bandar baru merujuk kepada kawasan petempatan yang bercirikan bandar yang di rancang dan dibangunkan di kawasan yang selama ini tidak ada bandar khususnya di kawasan luar bandar.
Terdapat beberapa buah bandar baru yang terancang di Malaysia antaranya seperti bandar baru Nilai,bandar baru Sri Petaling dan sebagainya.

Kebanyakan bandar baru menpunyai pusatnya yang tersendiri tanpa perlu bergantung kepada bandar lain daripada segi kemudahan asa perkhidmatan dan kegiantan ekonomi.

No comments:

Post a Comment