Tuesday 20 November 2012

hey bahan transit pembangunan berorientasikan


transit pembangunan berorientasikan
 
 
Konsep T.OD. merupakan satu ciri bandar selamat yang menjurus kepada suasana kehidupan yang berkualiti tinggi. T.O.D dapat mengurangkan kesan buruk kesesakan jalanraya yang melanda pusat bandar di negara-negara maju hari ini. Selain itu ia juga dapat mewujudkan kualiti udara yang baik untuk penghuni dalam bandar dengan menggantikan kenderaan bermotor sebagai mod pengangkutan utama bandar.
 
Transit Oriented Development (T.O.D) merupakan satu bentuk pembangunan yang menggabungkan gunatanah kawasan komersial dan kediaman berhampiran dengan persinggahan transit. Pembangunan yang sederhana padat pada bulatan jejari 0.4-0.8 km dari stesen persinggahan dimana stesen kereta api atau tram merupakan satu pusat mod pengangkutan utama bandar. Dalam konsep ini penghuni bandar hanya berjalan kaki atau berbasikal untuk bergerak ke terminal transit.
 
Cabaran utama T.O.D adalah masyarakat mungkin akan menggunakan persinggahan transit sebagai mod penggangkutan utama mereka jika tram dapat memudahkan mereka bergerak dari awal destinasi hingga ke akhir perjalanan. Selain itu roviding satu campuran menggunakan ketumpatan menjadi pelengkap kepada pengguna persinggahan kedua-dua dan masyarakat tempatan. Seterusnya keperluan untuk memastikan pembangunan yang direkabentuk adalah berorientasikan bagi memudahkan dan menggalakkan masyrakat menggunakan persinggahan.
 
T.O.D bermula di negara-negara maju seperti Perancis, Jepun dan Sweeden. Konsep ini wujud daripada respon impak negatif aktiviti pembangunan seperti kesasakan lalulintas, pencemaran udara, pemanasan cuaca (kesan rumah hijau) dan juga kemerosotan hubungan sosial antara masyarakat.
 
Pembangunan T.O.D dapat mengurangkan pencemaran dan pemusnahan alam sekitar kerana tram dijadikan kenderaan utama menggantikan kenderaan bermotor yang banyak mengeluarkan asap selain bunyi yang bising. Seterusnya pembangunan T.O.D juga dapat meningkatkan kecekapan ekonomi di suatu kawasan dan dapat mengelak kesesakan lalu lintas serta pengembangan intensif untuk memampatkan pembangunan. Selain itu juga dapat menguurangkan kadar jenayah kerana penduduk sentiasa ramai tidak kira siang dan malam.
 
Infrastruktur sosial merupakan salah satu elemen yang penting untuk menyokong kepada konsep pembangunan yang berteraskan kepada transit. Penyediaan infrastruktur sosial yang baik dapat memberi keselesaan, keselamatan dan kemudahsampaian kepada penghuni untuk hidup di bandar.
.0 Konsep infrastruktur sosial
 
Infrastruktur sosial merupakan satu bentuk kemudahan yang memenuhi keperluan orang awam untuk melakukan aktiviti sosial harian mereka dalam kehidupan. Kemudahan infarastruktur sosial disediakan dalam bentuk fizikal dan juga perkhidmatan dan dibiayai oleh pihak berkuasa tempatan. Selain itu juga badan swasta memainkan peranan penting dalam menyediakan kemudahan infrastruktur kepada masyarakat.
 
Penyediaan kemudahan infrastrutkur merupakan satu elemen yang penting kepada maSyarakat untuk bersosial dan melakukan aktiviti harian. Selain itu juga infrastruktur memainkan peranan penting dalam meningkatkan taraf ekonomi sesuatu Bandar. Infrastruktur sosial menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat untuk hidup di dalam kawasan bandar dengan selesa, selamat dan menjamin kemudahsampaian untuk bergerak. Penyediaan infrastruktur yang baik memberi satu suasana yang harmoni dalam kepadatan penduduk yang tinggi di kawasan bandar.
 
Infrastruktur berfungsi untuk mewujudkan lingkungan bandar yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan bagi memenuhi keperluan dan kehendak manausia. Selain itu ia juga memberikan satu persekitaran bandar yang menarik untuk didiamai.
 
2.1 Kategori fasiliti infrastruktur sosial
Kategori kemudahan infrastruktur sosial adalah terdiri daripada beberapa komponen utama iaitu;
a. Infrastruktur pengangkutan.
Infrastruktur pengangkutan adalah terdiri daripada jalan, jambatan, jejantas dan jalan kereta api. Selain itu ia juga terdiri daripada terminal bas, teksi dan transit.
b. Infrastruktur komunikasi
Infrastruktur komunikasi pula terdiri daripada kemudahan jaringan telekomunikasi. Contohnya adalah wireless/satelit network dan television atau cable network. Selain itu juga terdapat kemudahan informasi jaringan jalanraya.
c. Infrastruktur bangunan
Infrastruktur bangunan terdiri daripada bangunan awam seperti sekolah, institusi agama, dan hospital. Penyediaan infrastruktur bangunan juga terdiri kemudahan perumahan, hotel dan pusat komersial serta kompleks sukan. Selain itu terdapat gudang dan bangunan untuk aktiviti pembuatan.
d. Infrastruktur kemudahan rekreasi
Kemudahan infrastruktur untuk berekreasi adalah terdiri daripada taman, padang permainan, tasik dan sukan air. Selain itu juga terdapat tema dan kasino-kasino.
2.2 Fungsi infrastruktur sosial
Fungsi infrastruktur sosial adalah memberi beberapa manfaat kepada penghuni bandar iaitu;
a. Keselesaan
Penyediaan infrastruktur sosial yang baik akan memberikan keselesaan kepada masyarakat untuk tinggal di bandar dan dapat melakukan aktiviti harian mereka tanpa gangguan.
b. Keselamatan
Penyediaan infrastruktur sosial yang baik juga akan memberikan satu suasana bandar yang selamat daripada sebarang kejadian jenayah dan kemalangan.
c. Kemudahsampaian
Infrastruktur sosial juga akan memberikan kemudahsampaian kepada masyarakat bandar untuk bergerak menuju ke sesuatu destinasi tanpa halangan serta menjimatkan masa perjalanan.
d. Rekabentuk
Infrastruktur sosial turut memainkan fungsi sebagai rekabentuk atau trademark dimana ia menjadi identiti suatu bandar atau wilayah. Selain itu infrastrutur sosial menjadi fungsi sebagai pandu arah untuk sesuatu perjalanan.
2.3 Garis panduan infrastruktur sosial
Garis panduan dalam penyediaan infrastruktur sosial adalah terdiri daripada beberapa proses iaitu;
a. Perancangan
Proses perancangan adalah satu proses menyusun atur strategi pembangunan infrastruktur yang akan dibangunkan berdasarkan kepada sesuatu konsep. Perancangan yang baik memerlukan satu kaedah yang terbaik untuk mengintegritikan alam sekitar dan manusia serja memberi manfaat pada jangka masa yang panjang kepada manusia.
b. Pembangunan
Pembangunan pula merupakan satu proses mengaplikasikan infrastruktur sosial dalam bentuk fizikal atau perkhidmatan berdasarkan kepada perancangan yang telah dibuat. Proses pembangunan infrastruktur memerlukan satu sistem untuk mengurus segala kos dan belanjawan semasa proses pembangunan di jalankan.
c. Operasi dan pemeliharaan
Penyediaan infrastuktur sosial memerlukan kepada pembentukan satu proses operasi dan pemeliharaan untuk memastikan infrastruktur yang disediakan dapat berfungsi dengan baik dan berterusan. Proses ini dilakukan satu organisasi yang cekap dan dan mempunyai komitmen yang tinggi supaya ia dapat disenggara dengan baik.
d. Pemantauan
Proses terakhir dalam penyediaan infrastruktur adalah satu pembentukan sistem pemantauan yang efktif untuk memastikan infrastruktur yang disediakan dapat berfungsi sepertimana yang telah dirancang.
2.4 Cabaran pembangunan infrastruktur sosial
Penyediaan infrastruktur sosial yang baik perlu menghadapi pelbagai cabaran dalam memenuhi keperluan dan kehendak penghuni bandar iaitu;
a. Pembangunan infrastruktur yang baik
Pembangunan infrastruktur sosial yang baik merupakan satu cabaran utama di mana ia memerlukan kaedah yang drastik untuk membentuk satu perancangan infrastruktur sosial. Perancangan yang dibuat harus mempunyai keupayaan terhadap bandar untuk menampung keperluan kehidupan penghuni bandar serta memberi impak positif terhadaf jumlah penduduk yang berkepadatan tinggi di bandar.
b. Pembangunan sustainable
Selain itu cabaran yang di hadapi adalah pembentukan satu pembangunan infrastruktur yang mampan dimanan ia mempunyai ciri-ciri integrasi antara alam sekitar dan manusia. Pembangunan yang stabil memerlukan pembentukan perancangan dilakukan secara terperinci dan segala aspek fizikal dan spiritual diambilkira dalam pembentukan perancangan.
3.0 Kesimpulan
Secara keseluruhan dapat disimpulkan bahawa infrastruktur sosial merupakan satu elemen bandar yang sangat penting untuk memastikan sesuatu bandar dapat berfungsi dengan baik. Selain itu ia memberikan satu ciri kesinambungan kepada penghuni Bandar untuk dengan selamat dan selesa. Pembangunan yang berteraskan kepada transit merupakan satu konsep pembangunan ke arah satu buah bandar yang sesuai untuk didiami. Selain itu T.O.D dapat membentuk bandar yang baik untuk membentuk satu sistem pembangunan insan yang sihat dari segi mental, fizikal dan sprritual.
 
T.O.D juga merupakan langkah paling berkesan untuk mengawal bilangan penduduk yang berkepadatan tinggi di bandar untuk membentuk kestabilan antara alam persekitaran dan manusia. Pembangunan infrastruktur sosial berteraskan kepada konsep T.O.D perlu dibentuk berdasarkan kepada garis panduan yang lengkap dan jelas supaya pengurusan bandar bandar dapat dilakukan dengan baik. Keperluan kepada integriti adalah penting untuk merealisasikan pembangun bandar yang selamat berteraskan Transit Oriented Development (T.O.D).
Dicatat oleh Mohamad Faizal bin Othman di 9/16/2009 03:28:00

Tuesday 9 October 2012

hey bahan masalah yang berlaku di pinggir bandar kelantan


Sebok kato maine ni adik kakok,
Ambo turok semace bah sebabok babok,
Dulu tanding belale tande burung ngobok,
Lonie tanding aye seramo pulop,
Hoo hhooo hooo……

Sebaris dua rangkap megenai lagu dikir barat yang amat popular di negeri kelahiran Cik Siti Wan Kembang,tidak dapat diasingkan lagi seni dan adat amat penuh diwarisi di negeri ini,tapi bukan itu saya nak kongsikan pada anda malah itu hanya saringan untuk negeri the red warrior.
Dalam coretan blog saya kali ini saya nak kongsikan isu-isu pinggir bandar yang terdapat di negeri Kelantan ini.Di Malaysia mahupun di mana-mana saja negara mempunyai masalah di pinggir bandar seperti tanah terbiar,setinggan,banjir dan sebagainya.Tetapi berbalik kepada focus negeri Kelantan saya nak mengulas isu-isu yang berlaku di pinggir bandar.

Bandar Kelantan yang di tadbirkan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Rayai Islam.Ramai rakyat jelata Kelantan bekerja didalam negeri mahupun luar negeri bagi mencari rezeki untuk kehidupan mereka.

Urban committed” adalah satu fenomena yang tidak asing lagi berlaku di mana-mana pinggir bandar termasuklah negeri Kelantan.Apa itu urban committed??secara tidak langsung saya menceritakan sedikit makna sebenar ialah jarak antara tempat tinggal seseorang dengan tempat bekerja beliau.Kalau kita lihat di Johor Bharu ini mereka semua berpusu-pusu berulang alik pada dinggin pagi hingga takala senja keluar mencari rezeki.Jarak mereka yang berulang kadang kala memakan masa 20minit?sejam?2jam? itu semua bergantung diantara jarak rumah mereka dengan tempat kerja.Walhal itulah yang saya nak kongsikan masalah yang berlaku di pinggir bandar negeri Kelantan.




                               laluan harian untuk berulang dari tempat tinggal ke tempat kerja


Berdasarkan gambar tersebut dapat kita lihat jaringan jalan raya yang sentiasa dilalui oleh orang ramai untuk berulang alik dari rumah hinggalah tempat kerja mereka.Laluan tersebut merupakan antara mukim Banggol,Kijal serta kawasan pinggir bandar Pantai Cahaya Bulan.Berdasarkan situasi pemerhatian saya sepanjang 2 bulan berada di Kelantan,dapat dilihat suasana pada pagi dan petang jalan tersebut amat sesak biarpun kawasan itu adalah kawasan kampung.Malahan sistem jalan raya itu hanyalah bertaraf jalan kampung akan tetapi suasana tetap sesak memandangkan ramai orang yang tinggal di pinggir bandar.Maka itulah yang menjadi masalah urban committed.


Sebat kenapa masalah ini berlaku ??

Sebat kenapa masalah ini berlaku  adalah berpunca :
·          1- Tempat tinggal mereka adalah di kawasan pinggir bandar
·      2- Kawasan bandar kota bharu padat dengan pembangunan dan sukar untuk mendapat lokasi pembinaan   rumah
·         3-   Harga dan kos sewa atau harga rumah mahal untuk dimiliki
·         4-  Sifat sesetenggah individu yang suka tinggal di kawasan kampung
·         5- Menpunyai tanah untuk mendirikan tempat tinggal

    Berikutan daripada sebat tersebut maka timbulah masalah tersebut di kawasan negeri Kelantan.Sejajar dengan pembangunan yang hari demi hari semakin membangun di negeri Kelantan,banyak pembangunan yang kian menbangun tetapi masalah ini semakin hari demi hari semakin menberi kesan kepada masyarakat mahupun individu tertentu.
     
      Kesan daripada masalah ini?
Antara kesan daripada masalah ini adalah :
·        
      ---Ketibaan ke tempat bekerja lewat
·        ------ Kepulangan ke tempat tinggal lewat
·        ------ Kesesakan lalu lintas jalan raya
·        ------- Mudah berlakunya masalah kemalangan jalan raya

    Selain daripada itu,di Kota Bharu juga merupakan bandar yang menpunyai jalan raya bersistemkan jalan sehala dan penyususnan lampu isyarat terlalu banyak di setiap persimpangan.Perkara ini turut menberi kesan kepada pengguna jalan raya kerana menyukarkan pergerakkan pengguna jalan raya.Perkara tersebut juga boleh dikaitkan dengan isu utama dalam lakaran blog saya dimana perkara ini akan menberi kesan kepada hala tuju orang ramai untuk ke distinasi sedemikian.

      Akan tetapi masalah ini dapat diatasi dengan cara?
Cara mengatasi masalah ini :

·        ---- Galakan daripada kerajaan untuk menbina laluan altenatif kepada pengguna
·         ----Berkongsi kenderaan untuk berulang ke tempat kerja
·         ----Tingggal berdekatan dengan kawasan tempat kerja
·        ---- Gunakan kenderaan seperti motosikal untuk menggelak daripada kesesakkan


    Jesteru,itulah yang saya cuba sampaikan kepada pembaca apa masalah yang berlaku di pinggir bandar Kelantan (kota bharu) yang menjadi isu utma kepada pengguna jalan raya.Sejajar dengan subjek elektif saya inilah assgmnt saya berkaitan urban committed  yang berlaku di pinggir bandar Kota Bharu Kelantan Darul Naim.











                                                

Monday 24 September 2012

hey bahan keperluan metropolitan di malaysia



  Metropolitan merupakan,adalah istilah yang umumnya digunakan untuk mewakili bandar besar atau kawasan bandar.Kawasan bandar kurang dari satu juta orang jarang dianggap metropolitan dalam konteks kontemporari.Bandar besar memiliki sebuah bilangan bandar lebih besar,tetapi yang bukan merupakan inti dari bilangan itu,umumnya tidak dianggap sebagai kota metropolitan tetapi sebahagian daripada itu.Sebuah metropolitan biasanya merupakan ekonomi yang signifikan,politik dan budaya pusat beberapa negara atau daerah,dan sebuah hubungan penting untuk sambungan serantau atau antarabangsa dan komunikasi.
Dengan erti sejarah,merujuk pada kota atau negara asal dari sebuah jajahan (pada Yunani kuno),sebuah bandar dianggap sebagai pusat kegiatan tertentu, atau sebuah bandar besar yang penting.
Sesebuah bandar raya akan di gelar metropolitan  apabila bandar raya tersebut telah mempunyai jumlah penduduk melebihi sejuta orang.Metropolitan berada di hierarki yang lebih tinggi dan mempunyai lingkungan pengaruh yang lebih luas banding dengan bandar raya.
Sesebuah metropolitan biasanya mempunyai kepelbagaian fungsi seperti pusat pentadbiran,pusat perkhidmatan,pusat perdagangan,pusat kewangan dan sebagainya.Metropolitan biasanya menjadi sebagai ibu negara kepada negara seperti bandar Tokyo kerana mencapai kretiria-kretiria metropolitan.
Kawasan metropolitan ialah pusat kependudukan besar yang terdiri daripada sebuah metropolitan besar dan kawasan pengaruhnya yang bersebelahan,atau segugusan bandar raya besar yang bersebelahan dan kawasan pengaruhnya.Sesebuah kawasan metropolitan biasanya mendapat namanya sempena bandaraya terbesar atau terpenting dalam lingkungannya.
Semenjak diterima pakai pada tahun 1950,tiada perubahan besar dalam "konsep" kawasan metropolitan asas,namun sejak itu telah berlakunya perubahan besar dalam taburan geografi,oleh itu dijangka terus berubah mengikut peredaran zaman.Orang awam dan pihak media sering menggunakan istilah "kawasan metro" atau sebagainya untuk memaksudkan seluruh kawasan geografi,termasuk bukan sahaja kependudukan bandaraya yang terkenal, bahkan juga kependudukan di kawasan tengah bandar, subbandar,lepas bandar dan adakalanya luar bandar,semuanya dipengaruhi oleh kegiatan pekerjaan,pengangkutan, dan perdagangan di bandaraya terbesar.

Biasanya,kawasan metropolitan menggabungkan kelompokan (kawasan binaan bersempadan) dengan kawasan-kawasan persisian yang tidak semestinya bersifat bandar,tetapi terikat dengan pusat oleh kegiatan pekerjaan atau perdagangan.Kawasan ini juga dikenali sebagai kawasan komuter,dan boleh juga diluaskan ke luar persisian bandar,iaitu kawasan yang bukan dalam lingkungan bandaraya tetapi dihubungkan dengan bandaraya tersebut.Contohnya,Ampang Jaya dikira tergolong dalam kawasan metro Kuala Lumpur,biarpun bukan dalam lingkungan namun dihubung erat.
Bandaraya teras dalam kawasan metroplitan polisentrik tidak semestinya disambungkan oleh pembangunan binaan bersebelahan,berbeza dengan bandar gabungan yang memerlukan bandar-bandar tersebut bersempadan.Dalam kawasan metropolitan,adalah memadai untuk bandaraya pusat membentuk nukleus kependudukan besar yang cukup disepadukan bersama juzuk-juzuk lain.



Kuala Lumpur merupakan sebuah bandar yang mencapai taraf yang digelarkan sebagai bandar metropolitan.Hal ini kerana Kuala Lumpur mempunyai elemen-elemen yang mencukupi taraf metropolitan.Antara ciri-ciri yang terdapat di metropolitan bandar kuala lumpur adalah : 





1.1  KEPERLUAN PERANCANGAN METROPOLITAN DI MALAYSIA
·         MENINGKATKAN TARAF SISTEM JARINGAN JALAN RAYA
Dengan berkembangnya metropolitan di Malaysia secara tidak langsung bandar tersebut menjadi tumpuan kepada mana-mana pihak.Oleh demikian sistem jaringan jalan raya penting untuk menyongkong kepada kemajuan bandar untuk memudahkan pergerakkan orang ramai.Di Malaysia terutama di Lembah Klang merupakan kawasan yang sedang membangun kearah metropolitan.Oleh demikian itu,sistem jaringan amat penting untuk melancarkan pembangunan di kawasan tersebut.Tapi hari kini kita dapat lihat dengan dengan wujudnya sistem jalan raya yang sempurna seperti Lebuh Raya Utara-Selatan,Lebuh Raya Expres Lembah Klang-Utara,Lebuh Raya Damansara-Puchong dan Lebuh Raya Lingkaran tengah telah menbolehkan kawasan Lembah Klang menjadi metropolitan di Malaysia.Selain itu taraf jalan raya Persekutuan dan Daerah perlu di tingkatkan supaya dapat menghubungkan dengan cekap.

Selain perkembangan sistem jaringan jalan raya,wujudnya metropolitan di Malaysia terutama di Lembah Klang dapat meningkatkan lagi taraf pengangakutan terutama wujudnya sistem pengangkutan transit yang pelbagai seperti LRT.Kepadatan penduduk tidak dapat menampung kadar aliran pergerakkan manusia,tetapi dengan adanya keperluan perancangan metropolitan melahirkan idea-idea yang bernas demi memudahkan aliran pergerakan manusia seperti melaksanakan transit LRT.Dalam masa yang sama manusia dapat bergerak dengan pantas dan dapat mengecapi matlamat kehidupan seperti memudahkan urusan dari satu tempat ke satu tempat sebagai contoh dari tempat kediaman ke tempat kerja.Wujudnya sistem LRT ini dapat menjimatkan masa,wang ringgit dan tenaga manusia untuk berulang dari  satu kawasan ke satu kawasan.

·         MENINGKATKAN TARAF EKONOMI NEGARA.
Kemajuan perkembangan metropolitan di Malaysia seperti Lembah Klang,Pulau Pinang (Balik Pulau) dan Johor Bharu (Nusanjaya) dapat meningkatkan taraf ekonomi negara.Secara tidak langsung kadar pertumbuhan ekonomi negara akan meningkat kerana negara pesat membangun dapat menarik perhatian pelabur-pelabur negara luar.

Ekonomi negara akan stabil dan keadaan negara dapat dimajukan di kawasan tersebut malah dapat mewujudkan pertambahan penduduk di kawasan tersebut.Kawasan tersebut dapat akan menjadi kepadatan serta taraf pengangguran dapat diatasi dengan mewujudkan banyak peluang pekerjaan di bandar metropolitan.Banyak sektor perindustrian dapat dimajukan malah dapat meningkatkan KDNK Malaysia mahupun banyak pelaburan dapat dipasarkan di pasaran dunia.
Sektor perdagangan dapat di kembangkan lagi di pasaran dunia kerana kemajuan metropolitan dapat meningkatkan kadar ekonomi negara.Banyak negara yang maju bersaing untuk mendapatkan saham pasaran dunia kerana taraf keluaran saham bandar metropolitan merupakan keluaran yang bermutu.

·         WUJUDNYA K-EKONOMI DAN PEMBANGUNAN MAMPAN
Lantaran itu,di dalam dunia yang semakin pesat membangun keperluan metropolitan juga akan melahirkan konsep k-ekonomi dimana generasi-generasi ilmuwan mahupun generasi yang kreatif  boleh menyumbangkan di dalam pertumbuhan ekonomi negara.Ianya juga merupakan pelengkap kepada sesebuah bandar metropolitan.Di samping itu tidak dapat dinafikan lagi sejajar perkembangan dengan ke arah metropolitan jua dapat dikemaskan lagi dengan konsep pembanguna mampan.Mampan menbawa istilah dimana menyediakan kemudahan pentadbiran yang baik,mencapai tahap ekonomi berkembang dengan kukuh dan stabil serta menpunyai kesatuan penduduk yang sangat erat.

·         MENINGKATKAN PELABURAN
Pulau Pinang merupakan sebuah Negeri yang mempunyai bandar yang sedang membangun.Baru-baru kini kerajaan telah menistiharkan sebuah kawasan iaitu Balik Pulau di naik tarafkan sebagai bandar metropolitan.Balik Pulau berpontensi menjadi sebuah bandar metropolitan kerana kepadatan penduduk amat tinggi dan kemajuan ekonomi pesat membangun.Kerajaan pusat akan membangunkan Balik Pulau selaras dengan bandar metropolitan selepas Lembah Klang dan Johor Bharu.
Dalam masa yang sama,kawasan Balik Pulau akan menjadi kawasan tumpuan pelaburan kepada pemangkin ekonomi negara.Hal ini kerana kawasan tesebut amat berpontensi sebagai kawasan pelabuhan perkapalan kerana kawasan tersebut berada di kawasan persisiran pantai.

1.2  KESIMPULAN
Justeru,keperluan perancangan metropolitan amat penting di Malaysia untuk mencapai taraf bandar yang setanding dengan bandar dunia luar.Perancangan seharuslah dengan bijak merancang kawasan pembangunan supaya dapat memberi keselesaan kepada pengguna dan dapat memberi manfaat kepada alam sekitar sejajar dengan pembangunan mampan.Negara maju rakyat selesa sudah tentu dapat meningkatkan kualiti hidup manusia dan dapat memenuhi keperluan dan kehendak.


Sunday 23 September 2012

hey bahan nusajaya menuju bandar metropolis




Nusajaya menuju bandar metropolis.
NUSAJAYA 11 Jun - Sebelum ini Nusajaya dengan keluasan 170 kilometer persegi hanyalah kawasan hutan dan ladang kelapa sawit dan getah.

Namun hampir sedekad kebelakangan ini, kawasan yang terletak di bawah Parlimen Gelang Patah, Johor itu berubah wajah secara drastik hasil perancangan bernas kerajaan Barisan Nasional (BN) apabila memindahkan pusat pentadbiran negeri ke kawasan berkenaan.

Perubahan Nusajaya yang terletak di zon utama B Iskandar Malaysia itu sememangnya sukar untuk digambarkan dengan kata-kata, malah penulis yang berasal dari bandar raya Johor Bahru sentiasa kagum melihat perubahan kawasan itu.

Pertama kali menjejakkan kaki ke Nusajaya setahun lalu, mungkin tidak banyak yang mahu diceritakan. Namun, sejak dari hari itu, Nusajaya yang diibarat seperti 'permata' Iskandar Malaysia terus menunjukkan kilauannya.

Masakan tidak, pembangunan di sini nyata hebat termasuk dengan kawasan perumahan, pusat pembelajaran, perubatan yang bertaraf antarabangsa, pelabuhan, hotel lima bintang dan lokasi tumpuan pelancong.

Nusajaya dengan kemudahan jaringan jalan raya yang baik turut menempatkan pusat pentadbiran kerajaan negeri di Kota Iskandar; pelabuhan antarabangsa, Port Tanjung Pelepas (PTP) dan Kelompok Logistik dan Industri Wilayah Selatan (SILC).

Selain itu, di sini juga antara lain terletaknya Legoland Malaysia, taman tema pertama seumpamanya di Asia; studio bertaraf dunia, Pinewood Iskandar Malaysia Studios; Universiti Newcastle, Malborough College Malaysia dan Hospital Columbia Asia.

Hakikatnya, tiada siapa menyangka Nusajaya sebagai kawasan baru mampu berubah dengan begitu pesat dalam masa yang singkat dan ia hasil usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mahu menjadikan ia sebagai bandar raya metropolis yang kondusif untuk didiami dan dikenali.

Bermula dengan idea bernas itu, Nusajaya yang mempunyai kemudahan seperti Lebuh raya Linkedua terus 'dilimpahi' pelbagai jenis pembangunan termasuk pelaburan dari dalam dan luar negara menerusi Iskandar Malaysia pada masa ini dan akan datang.

Seorang pegawai bank yang menetap di Nusa Idaman, Muzaffar Musa, 35, mengakui mempunyai kenangan manis kerana mereka sekeluarga antara penghuni terawal menetap di situ, sekali gus mengalami sendiri perubahan di kawasan tersebut.

Biarpun beberapa bulan mereka tinggal 'bersendirian' di situ pada 2006, ia langsung tidak mendatangkan perasaan takut kerana yakin dengan kawalan keselamatan di situ.

"Dalam keadaan sekarang, 100 peratus rumah di kawasan ini sudah berpenghuni. Rata-rata masyarakat tempatan yang bekerja di sekitar Nusajaya dan warga asing terutamanya rakyat Singapura juga memilih menetap di sini.

"Ketika beli rumah, harganya di kategori sebagai mampu milik untuk kami pasangan baru berkahwin dan ternyata pelaburan pembelian aset di sini tidak mengecewakan kerana harganya meningkat setiap tahun," katanya yang kagum dengan kemajuan Nusajaya dan berharap ia bukan hanya menjadi tempat tinggal yang paling kondusif malah sebagai destinasi pilihan pengunjung tempatan dan asing.

Mohd. Shah Mohd. Din, 55, pula yang merupakan penduduk asal dan menetap di Gelang Patah berbangga dengan pembangunan dan kemajuan yang membawa transformasi ke Nusajaya.

Menurutnya, masih bermain-main lagi di dalam ingatan bagaimana kawasan berkenaan yang dahulu hanya dipenuhi hutan dan paya bakau bertukar wajah menjadi sebuah bandar 'idaman' bagi penduduk tempatan dan warga asing.

Katanya, jika dahulu kawasan Nusajaya tidak 'semeriah' seperti sekarang yang kini mempunyai pelbagai kemudahan antaranya pusat beli-belah Jusco di Bukit Indah, Tesco, Giant dan Legoland.

"Saya gembira dengan usaha yang dilakukan kerajaan kerana 'tempias' pembangunan pesat di Nusajaya turut dirasai penduduk sekitar. Saya bersyukur kerana kerajaan BN berjaya mengubah wajah kawasan ini," katanya.

Seorang kakitangan awam, Annaz Md. Nor, 27, yang menetap di Taman Desa Skudai yang juga terletak di bawah Parlimen Gelang Patah berkata, biarpun baru menetap di situ tiga tahun lalu, dia sering berkunjung ke Nusajaya.

"Tempat ini sememangnya cepat membangun, akses jalan raya juga baik menjadikan perjalanan ke Nusajaya lebih cepat. Macam-macam ada di Nusajaya, malah pada masa akan datang banyak lagi projek yang telah dirancang akan mula dilaksanakan," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nusajaya, Datuk Aziz Sapian berkata, pada mulanya idea untuk membangunkan Nusajaya tidak mendapat sambutan baik daripada penduduk setempat, namun selepas diberi penerangan ia mengikut seperti dirancang.

Beliau turut mengingatkan penduduk dengan pepatah Melayu 'bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian' bahawa semua yang dilakukan oleh kerajaan di Nusajaya adalah untuk perancangan jangka panjang demi kepentingan rakyat dan negara.

hey bahan masalah yang berlaku di pinggir bandar







hey bahan fenomena bandar di malaysia


Kalau kita lihat bandar yang terdapat dibandar Malaysia hari kini semakin berkembang dari suatu masa ke satu masa.Sebagai contoh di bandar Kuala Lumpur yang kian pesat membangun untuk kepentingan kepada masyarakat dan ekonomi negara.Kali ini saya nak coretkan dalam blog saya berkaitan dengan fenomena bandar yang terdapat di Malaysia.Mudahan dengan sedikit hey bahan fenomena bandar di Malaysia ini dapat member kefahaman kepada pembaca dan dapat menambahkan lagi ilmu pengahtahuan.

Rebakan bandar

Rebakan bandar adalah satu proses perluasan saiz dan pengaruh bandar dari kawasan pusat bandar ke kawasan pinggir bandar.Rebakan bandar juga boleh dikaitkan dengan proses berlakunya limpahan pembandaran.

Proses rebakan bandar biasanya sejajar dengan perkembangan sistem  dan jaringan pengangkutan bandar semakin meningkat.Hal ini demikian kerana pengaruh sistem dan jaringan pengangkutan amat penting untuk ketersampaian pergerakan antara kawasan pusat bandar dengan kawasan pinggir bandar.
Dalam kes bandar raya kuala lumpur,boleh dikatakan limpahan pembandaran bergerak ke semua arah.Misalnya ke selatan bandaraya kuala lumpur sejajar dengan lebuh raya persekutuan (kuala lumpur -seremban) ke utara sejajar lebuh raya utara-selatan .Manakala ke timur sejajar dengan lebuh raya kuala lumpur-karak.

Subbandar

Subbandar merujuk kepada kawasan pinggir bandar.Kawasan pinggir bandar berfungsi sebagai penyokong kepada pusat bandar.Pembentukkanya berkait rapat juga dengan proses rebakan bandar dan ketepuan pembangunan di pusat bandar

Kawasan pinggir bandar akan menampung beberapa fungsi bandar yang tidak lagi sesuai untuk berada di pusat bandar.Contohnya fungsi sebagai petempatan dan perindustrian.Dalam kes bandar raya kuala lumpur,kawasan-kawasan seperti Gombak,Selayang,Ampang dan Cheras merupakan subbandar kepada bandar raya tersebut.

Penduduk akan menjadi sub-sub bandar ini menjadi tempat kediaman mereka walaupun mereka bekerja di puasat bandar.Perhubungan antara pusat bandar dengan pinggir bandar akan berlaku melalui mobaliti penduduk,pekerja dan pergerakan barangan dan perkhidmatan

Metropolis

Sesebuah bandar raya akan di gelar metropolis apabila bandar raya tersebut telah menpunyai jumlah penduduk melebihi sejuta orang.Metropolis berada di hierarki yang lebih tinggi dan mempunyai lingkungan pengaruh yang lebih luas berbanding dengan bandar raya.

Sesebuah metropolis biasanya mempunyai kepelbagaian fungsi seperti pusat pentadbiran,pusat perkhidmatan,pusat perdagangan,pusat kewangan  dan sebagainya.Metropolis biasanya menjadi sebagai ibu negara kepada negara seperti bandar Tokyo kerana mencapai kretiria-kretiria metropolis.


Megalopolis
Proses urbanisasi yang berterusan yang dialami oleh sesebuah metropolis kemungkinan ia akan bercantum dengan metropolis yang lain lalu menbentuk saiz yang lebih luas dan besar.Percantuman antara metropolis dengan metropolis akan menbentuk megalopolis.

Kadar taburan penduduk megalopolis diangarkan menpunyai jumlah penduduk melebihi 10 juta orang.Antara megalopolis yang terdapat di dunia adalah seperti
-Megalopolis boston-washinton di Amerika Syarikat mempunyai jumlah penduduk hampir 40 juta orang dan menganjur sejauh 700 km.

Bandar satelit

Bandar satelit ialah sebuah bandar yang dibina dan diwujudkan khas tidak jauh dari bandar induk.Bandar ini juga diangap sebagai bandar cawangan.Bandar satelit berada di kawasan lingkungan pengaruh bandar induk.
Bandar setelit mempunyai fungsi seperti kawasan kediaman dan perindustrian.Hubungan antara bandar induk dengan bandar satelit  masih berlangsung dalam konteks pentadbiran urusan kewangan,perniagaan dan lain-lain.

Bandar baru

Bandar baru merujuk kepada kawasan petempatan yang bercirikan bandar yang di rancang dan dibangunkan di kawasan yang selama ini tidak ada bandar khususnya di kawasan luar bandar.
Terdapat beberapa buah bandar baru yang terancang di Malaysia antaranya seperti bandar baru Nilai,bandar baru Sri Petaling dan sebagainya.

Kebanyakan bandar baru menpunyai pusatnya yang tersendiri tanpa perlu bergantung kepada bandar lain daripada segi kemudahan asa perkhidmatan dan kegiantan ekonomi.

Thursday 20 September 2012

hey bahan pasal gapo sebat rebokkea bandar versi kelate

                                                        lokasi : jepun

sebot kato bandar padat ko,bandar merebok ko lonie meme banyok doh belaku kat malaysia kito.Dale maso samo ado hak ore perase bendo ni jadi.Kade-kade budok sekoloh rendoh pon tau gapo bandar merebok nie.kali nie kawe nak nulis pasal rebokan bandar kot versi kelate.sambil-sambil pakat bacolah gapo namo kato rebakan bandar nie.

maksod gapo dio rebokea bandar nie

rebokkea bandar nie adolah bandar kito lonie koho bangun,koho maju.dulu kalu kito tengok bandar jaman-jaman 60 an kecik jah.contohlah di kl kalu kito tengok dale youtube pasal bandar kl dulu.buleh kato kecik jah bandar dio.tapi lonie jaman koho maju ekonomi negaro semakin maju pah tamboh dengan ado pulop kemahire-kemahire tenago buruh merance bandar yang semakin menbangun.contohlah kl jaman lonie guano demo tengok??padat kea.tulah kato perubahan bandar dari kecit sapa jadi koho besar.

sebat gapo wak koho jadi rebokkea bandar
1) pembangune berpoket

wujudnyor bangune poket nie telah menleyapkea kawase kampong pah melupuskan konsep kejirene.pah tu pulop gayo hidup ore jaman lonie suko akea kemajuea sehinggo lupo akan kawase asal  mano dio asal.

sebat seterusnyor
2) pertambahe ore koho ramai

lonie suami isteri pendek kato dale so keluargo ade lah dale 5,6,7 ore anok pinok.pah kalu anok rama napok gayo kene besar rumoh kene tamboh bilik adolah segalo mok aniko kene tamboh.apabilo ore semakin rama jadi hidup semakin padat.apabilo padat pah mulalah nak buko kawase barulah,perumahe barulah kg barulah.so kawase x maju jadi koho maju.hile kawase lape wujud kawase baru.denge ore rama lonie populsi kepadate penduduk semakin padat dea buat rumah berepek-repek.

sebat lagi gapo adolah
3) peluea kijo di bandar

anok-anok jati kg lonie pakat pindoh bandar ado wak kijo ado wak ngaji.apabilo rama pindoh sano sini pah mula penduduk semakin padat sapa wujud kawasea baru.kalu kto tengok di jb,kl mano-mano bandar besar ore rama pah time rayo pakat kelik kg belako,tu lah kato apo niee ore berhijrah dari satu tepat ko satu tepat.kemudian jadi isu rebokkea bandar..

selamat memahami...